KETIKA universiti memacu kecerdasan buatan (AI), penyelidikan dan daya saing global, pendidikan tinggi tidak harus kehilangan hubungan dengan bahasa, seni dan memori masyarakat.
Sehubungan itu, Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 memperlihatkan warisan bukan sekadar tinggalan sejarah, sebaliknya turut menjadi sumber ilmu, pembentukan jati diri dan dialog antara budaya.
Berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober di Dataran MADANI, Seri Manjung, PULARA edisi ke-12 bertemakan 'Mengakar Budaya, Menjulang Warisan'.
Festival ini menampilkan 17 program utama dan 20 program PULARA Masuk Kampung dikendalikan Majlis Kesukarelawanan Universiti Awam (MASKUM).








