RIYADH: Pegawai kanan dari negara anggota Pakatan Makkah, iaitu Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan, dijadual bertemu pegawai Iran di Tehran pada Isnin bagi membincangkan penyelarasan serantau, menurut dua sumber yang mengetahui perkara itu.
Arab Saudi akan diwakili Menteri Pertahanan, Putera Khalid bin Salman, manakala Pakistan diwakili Ketua Tentera, Marsyal Lapangan Asim Munir, kata sumber berkenaan yang enggan dikenali.
Ketua perisikan Turkiye turut menyertai pertemuan itu, menurut salah seorang sumber.
Timbalan Setiausaha badan keselamatan tertinggi Iran, Ali Bagheri Kani, memberitahu televisyen kerajaan bahawa Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid, Munir dari Pakistan dan Ketua Perisikan Turkiye, Ibrahim Kalin, akan mengunjungi Tehran bagi adakan rundingan dengan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran berhubung keselamatan serantau.








