KUALA LUMPUR: Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JPSM) tidak akan mengambil alih kuasa pendakwaan syariah negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, menegaskan bahawa bidang kuasa dan tanggungjawab pihak berkuasa negeri dalam pendakwaan syariah akan terus dihormati.

Katanya, penubuhan JPSM adalah bertujuan memperkukuh penyelarasan dan menyediakan sokongan kepada institusi pendakwaan syariah negeri.

"Antara manfaat yang disasarkan adalah peningkatan kecekapan pengurusan kes dan perluasan akses kepada latihan profesional dan kepakaran pendakwaan.