Jerantut: Sejak tujuh bulan lalu, kehidupan Mohd Fadli Che Kob berubah kerana menjadi 'ibu' dan bapa kepada empat anaknya selepas isterinya terlantar akibat terbabit dalam kemalangan motosikal.
Sepanjang tempoh itu, Mohd Fadli, 43, menjalankan tanggungjawab menjaga dan menguruskan isteri, Aina Hanim Burhanuddin, 39, yang sudah tidak boleh berdikari seperti dulu.
Kecekalan dan kesetiaan Mohd Fadli menjaga cinta hatinya itu mendapat perhatian warganet selepas berkongsi video di TikTok dengan rata-ratanya menitipkan doa buatnya.
Menceritakan kisahnya, Mohd Fadli yang menetap di Batu Balai di sini, berkata, isterinya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah selepas motosikal ditunggang terbabas dipercayai kerana mengelak anjing.









