Shah Alam: Polis akan memanggil pencipta kandungan yang memasuki kediaman bekas personaliti televisyen, Zalina Azman, di sini, bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya memasuki rumah berkenaan dan berkongsi kandungannya di media sosial.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya akan memanggil individu terbabit untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya itu.
"Namun, pihak polis akan meneliti perkara itu terlebih dahulu bagi mengenal pasti tindakan yang boleh diambil," katanya kepada Harian Metro.
Dalam perkembangan sama, katanya, siasatan berkaitan kehilangan Zalina masih diteruskan, namun setakat ini belum ada petunjuk kukuh yang membolehkan tindakan lanjut diambil.








