AMPANG – Dua lelaki yang tular melarikan diri daripada polis di Wangsa Maju didakwa di tiga mahkamah di sini hari ini atas enam pertuduhan termasuk menghalang penjawat awam dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh iaitu Muhammad Putra Zulfaiz Zaidi, 32, dan Mohamad Danial Haiqal Kamal Arifin, 21, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan te