KUALA LUMPUR – Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menyewa kediaman di luar kampus perlu memaklumkan lokasi tempat tinggal mereka kepada pihak universiti bagi memudahkan pemantauan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, pemantauan sukar dilakukan apabila terdapat pelajar yang menguruskan sendiri urusan penyewaan tanpa melalui pihak universiti.
“Perkara itu agak sukar untuk kita pantau. Tetapi, yang kita tekankan ialah supaya mereka sentiasa memaklumkan keberadaan mereka, tempat tinggal mereka,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mengenai cadangan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kerajaan negeri dan pemilik hartanah bagi menyediakan rumah sewa pelajar pada k








