KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat Peguam Negara (AG) perlu memaklumkan kepada umum mengenai hasil siasatan dan kebarangkalian tindakan undang-undang dalam dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.1 bilion ($350 juta) membabitkan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Wakil Sekretariat Bangkit Nasional (BANGKIT), Khairul Azam Abdul Hamid berkata, rakyat masih ternanti-nantikan perkembangan kes tersebut kerana ia melibatkan penggunaan dana awam yang cukup besar.
Katanya, semua pihak terutama rakyat biasa seharusnya mendapatkan keadilan untuk mengetahui kebenaran kes tersebut yang mendapat liputan meluas media antarabangsa.
“Sudah hampir sembilan bulan siasatan ke atas kes tersebut dijalankan dan kami mendengar pelbagai dakwaan oleh pelbagai pihak tetapi sehingga hari ini, pihak berkuasa seperti SPRM dan pejabat AG belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai tindakan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.










