BRISTOL: Seorang pelajar universiti dijatuhi huku­man penjara seumur hi­dup kelmarin selepas ter­gamak menikam rakan serumahnya sebanyak 30 kali dalam kejadian berdarah yang berpunca daripada pertikaian kadar sewa bilik.

Zack Coughlan, 23, diarah menjalani hukuman penjara minimum 28 tahun selepas Hakim Linden dari Mahkamah Mahkota Bristol, mendapatinya bersalah menye­rang Jamie Collins, 21.

Kejadian itu berlaku di halaman kediaman mereka berhampiran Bristol pada 8 April lalu.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Linden menyifatkan Collins sebagai seorang individu yang sangat baik, prihatin dan sentiasa mengelak daripada sebarang konflik.