PETALING JAYA – Sebuah negeri di India mencuri tumpuan apabila membuat binaan menyerupai Menara Berkembar Petronas (KLCC) setinggi 52 meter sempena menyambut perayaan Durga Puja di Kalyani.
Menerusi perkongsian tular di media sosial, binaan itu mendapat perhatian penduduk setempat malah di negara itu apabila dihiasi lampu bergemerlapan sehingga menjadi tarikan orang ramai bergambar.
Binaan daripada buluh dan papan lapis itu merupakan struktur binaan sementara bagi perayaan tradisi di kawasan itu sahaja yang dibina oleh 70 pekerja.
Lebih menarik, replika yang dikenali sebagai Kalyanpur Twin Tower itu dibina setinggi









