Kuala Krai: Jenazah dua beradik yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan di Bukit Bauk, petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Era, di sini.

Jenazah Mohamad Zulkifli Ishak, 32, dan adiknya, Muhammad Alif Syukri, 18, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad jam 12.40 tengah hari.

Semalam dilaporkan tiga sekeluarga termasuk suami isteri maut, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, di Bukit Bauk.

Turut meninggal dunia isteri Mohamad Zulkefli, Norshila Zali, 36.