GEORGETOWN: Keluarga mangsa yang maut kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, di sini, belum memikirkan sebarang keputusan berhubung kedudukan mereka di lokasi itu.
Chang Mei Nuo, 68, berkata pada masa ini keluarganya mahu memastikan upacara kremasi suaminya selesai.
"Diharap beri kami ruang dan biar mendiang selamat semua (upacara kremasi), baharulah kami fikirkan.
"Setakat ini saya tinggal di rumah anak," katanya yang enggan mengulas lanjut.









