Soalan: Saya baru kehilangan suami. Anak bongsu berusia lima tahun sering memberontak dan mengamuk mahukan ayahnya. Puas saya menjelaskan situasi yang berlaku, namun tidak juga difahami. Saya sangat tertekan, tiga anak yang lain juga perlu diuruskan dengan emosi saya sendiri tidak stabil.

Jawapan: Kehilangan pasangan bukan sahaja memberi kesan kepada ibu, tetapi turut mempengaruhi emosi anak-anak, terutama yang masih kecil. Dalam keadaan ibu sendiri sedang berduka, mengurus emosi, rutin dan keperluan anak-anak boleh menjadi sangat mencabar. Berikut ialah beberapa panduan yang boleh membantu ibu melalui fasa ini:

Terima anak berduka Anak kecil mungkin belum mampu meluahkan kesedihan dengan kata-kata. Mereka boleh menunjukkannya melalui tangisan, kemarahan, atau perubahan tingkah laku. Cuba lihat tingkah laku tersebut sebagai tanda anak sedang mencari cara untuk memahami kehilangan ayahnya.