BESUT – Seorang wanita resah suami dan bapa mentuanya dikhuatiri hilang selepas tersesat di kawasan hutan berhampiran kawasan Air Panas La, Hulu Besut, di sini, sejak kelmarin.
Nur Aliah Zamin, 20, berkata,suaminya, Adam Adnan, 25, mengikut bapanya Adnan Mohamad, 57, memasuki kawasan hutan terbabit untuk mencari akar kayu pada pukul 7 pagi, Khamis lalu.
“Mereka mahu mencari akar kayu untuk berubat. Dalam pukul 3 petang, kelmarin, saya dihubungi suami (Adam) memberitahu sudah tersesat.
“Begitupun suami memberitahu dia dan bapa mentua saya tidak berputus asas mencari jalan keluar dari hutan berkenaan










