Tanah Merah: Sebuah ladang sireh seluas lebih dua hektar di Kampung Bechah Laut, di sini, disyaki diusahakan oleh komuniti Rohingya sejak tiga tahun lalu tanpa disedari pihak berkuasa tempatan (PBT).
Tinjauan di kawasan itu mendapati ladang yang dibangunkan dengan para kayu secara tersusun itu letaknya di kawasan yang terpencil dan berbukit menyebabkan ada dalam kalangan penduduk tidak mengetahui kewujudannya.
Tanah berkenaan dipercayai disewa daripada penduduk kampung terbabit dengan bayaran dipercayai mencecah ribuan ringgit manakala hasil tanaman itu dijual di luar Kelantan termasuk di Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Terdapat dua bangsal yang dibina di kawasan ladang berkenaan dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan baja.








