KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi besar menjadi pemangkin pembangunan industri empat negeri di bawah SG4, terutamanya menerusi pengukuhan sektor kargo dan kebolehan mengakses ke pasaran selatan Thailand.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, fokus ECRL sepatutnya memberi penekanan lebih tinggi kepada pengangkutan barangan serta menyokong aktiviti perindustrian berbanding hanya pengangkutan penumpang.
Mengambil contoh model perkhidmatan rel global, beliau mencadangkan supaya perkhidmatan kargo atau pengangkutan barangan merangkumi 70 peratus daripada keseluruhan operasi ECRL, manakala baki 30 peratus lagi diperuntukkan untuk perkhidmatan penumpang.










