‎PENAMPANG – Lapan minggu bertanding, peserta kelahiran Kota Kinabalu, Dabra Sia dinobatkan juara program realiti Borneo Rising musim pertama. ‎ ‎Menyampaikan lagu Abracadabra nyanyian asal Lady Gaga secara solo dan berduet bersama Mai K.O.I menerusi lagu Ku Bersuara, Dabra membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000, trofi Borneo Rising tajaan Astro dan CelcomDigi, bakal merakamkan sebuah single dan muzik video terbitan Rocketfuel, kontrak pembangunan dan pemasaran artis bernilai sehingga RM100,000 tajaan Rocketfuel.

Bukan itu sahaja, dia turut memenangi persembahan Paling Power membawa pulang sumbangan CelcomDigi dan hadiah sebanyak RM5,000. ‎ ‎Ditemui ketika sidang media, Dabra menyifatkan kemenangan dalam program Borneo Rising menjadi platform penting buat dirinya untuk mengembangkan bakat, memperkukuh identiti muzik dan membuka peluang kerjaya di peringkat lebih luas. ‎ ‎”Kejayaan ini cukup bermakna selepas lapan minggu menjalani persiapan dan memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang Borneo Rising berlangsung. ‎ ‎“Sudah tentu saya sangat gembira dan lega kerana kami semua sudah berusaha bersungguh-sungguh selama lapan minggu. ‎ ‎”Bukan sahaja diri saya seorang tetapi semua peserta sejak awal m