Janakey Raman Manickam berkata Ahli Parlimen India daripada PH perlu lebih lantang menyuarakan nasib masyarakat itu sama ada di Parlimen mahupun dalam kerajaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ahli Parlimen India yang dahulu lantang mengkritik MIC kerana gagal membela kaum itu kini dilihat membisu selepas menyertai kerajaan, dakwa penulis Janakey Raman Manickam.
Janakey, 78, bekas buruh kasar yang menulis buku Malaysian Indians: Impact and Pain: Narration of an Unending Saga of a Marginalised Community, berkata wakil rakyat DAP khususnya kerap membangkitkan nasib masyarakat India miskin sebelum PRU 2018.
Katanya, mereka juga lantang mengkritik MIC dan bekas presiden, mendiang S Samy Vellu, kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah kaum itu.







