MELAKA: Mengenal pasti dan mencari penyelesaian terhadap isu yang masih belum selesai di Paya Rumput menjadi antara perkara yang diberi perhatian Datuk Azman Abidin selepas diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Sabtu lalu.

Azman yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, beliau menyedari setiap kawasan mempunyai permasalahan tersendiri, termasuk isu mungkin tidak dapat diselesaikan sepenuhnya oleh wakil rakyat terdahulu dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata, usaha mengenal pasti masalah berbangkit penting bagi membolehkan penyelesaian dicari, selain menambah baik perkara yang masih memerlukan perhatian.

"Di mana-mana tempat terdapat isu dibangkitkan. Mungkin ada isu tidak dapat diselesaikan kerana bukan semua perkara boleh diselesaikan dalam masa lima tahun.