Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin berkata beliau sedia galas amanah diberikan PKR untuk bertanding di kerusi itu pada PRN Melaka. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin mengesahkan beliau bakal bertanding di kerusi DUN Paya Rumput pada PRN Melaka akan datang.
Azman berkata beliau akan menggalas amanah yang diberikan dan menerima apa jua keputusan PKR berhubung pencalonannya mewakili Pakatan Harapan (PH).
“Ya, setakat ini, insya-Allah saya akan bertanding di Paya Rumput.
“Kalau itu amanah parti, saya menerima apa saja keputusan parti. Kalau disuruh bertanding di Melaka, saya akan bertanding,” katanya kepada FMT.







