KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempercepatkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membolehkan mahkamah memerintahkan pembayaran pampasan kepada mangsa atau waris dalam kes kemalangan jalan raya mengakibatkan kematian atau kecederaan parah.
Gesaan itu dikemukakan 13 pemimpin dan ahli akar umbi DAP menerusi kenyataan bersama hari ini susulan kematian seorang pekerja kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dilanggar pemandu, dipercayai di bawah pengaruh alkohol di Lebuhraya Sultan Iskandar, 24 Oktober lalu.
Pengerusi DAP Cawangan Pusat Bandar Shah Alam, Nor Miswary Ramli, bersama 12 pemimpin dan ahli akar umbi parti itu turut menggesa pindaan berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat seawal sidang pertama Parlimen pada 2027.








