SEBERANG PERAI – “Tolonglah henti sumbang, duit dah cukup. Jangan masukkan lagi dalam akaun saya.”
Demikian rayuan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh kepada orang ramai supaya menghentikan sumbangan wang bagi membantu beliau membayar ganti rugi serta kos keseluruhan RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selepas kalah dalam saman fitnah sebelum ini.
“Untuk makluman, pagi tadi saya ‘check’, hampir cecah RM185,000 sudah kutipan itu. Orang ramai masih lagi menyumbang.
“Saya minta tolong kepada orang ramai dan saya minta jangan masukkan lagi duit dalam akaun








