Kuala Lumpur: Keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly yang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, meluahkan rasa lega dan terharu susulan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kakak sulung mangsa, Noorlien Zulkefly, 49, berkata, mereka berbesar hati apabila Perdana Menteri sendiri memberi perhatian terhadap kes berkenaan dengan mengarahkan siasatan penuh, telus dan tanpa kompromi.
"Kami sangat berbesar hati, takkanlah kita rakyat biasa ini PM nak sebut nama kita sekeluarga, nama arwah.
"Sebab itu pihak keluarga terus pergi serahkan memorandum ke kediaman beliau," katanya ketika dihubungi, hari ini.








