Kuala Terengganu: Kekecewaan susulan penyingkiran Terengganu FC (TFC) daripada saingan Piala FA perlu dijadikan pembakar semangat buat skuad Sang Penyu untuk bangkit memperbaiki prestasi dalam saingan Liga Super.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu Darul Iman (TFFC), Wan Mohd Hafizul Nik Anuar berkata, penyokong mengharapkan perubahan positif daripada pasukan terutama dari segi semangat juang, ketajaman penyudah dan kekentalan benteng pertahanan.
Menurutnya, kegagalan dalam Piala FA tidak seharusnya melemahkan semangat pemain, sebaliknya perlu dijadikan pengajaran untuk memperbaiki kelemahan dan memastikan prestasi lebih baik dalam perlawanan akan datang.
"Sebagai penyokong setia, sudah tentu kita kecewa apabila pasukan tersingkir daripada Piala FA. Namun, perjuangan belum berakhir kerana masih ada saingan Liga Super yang perlu diberi perhatian.








