Kuala Lumpur: Situasi dialami Faisal Halim yang dijangka terlepas tugasan bersama skuad kebangsaan bulan depan memaksa ketua jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mempertimbangkan pilihan terbaik bagi mengisi kekosongan ditinggalkan pemain sayap itu.

Pemain Selangor itu berdepan tempoh pemulihan panjang selepas mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Harimau Malaya dalam kempen Piala ASEAN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Indonesia, bulan lalu.

Situasi itu menyaksikan Faisal atau lebih mesra disapa Mickey bakal terlepas dua aksi persahabatan antarabangsa di Guangzhou menentang pasukan ranking ke-96 dunia, China pada 14 November ini dan berdepan Yaman yang berada di ranking 144 (17 November).