KUALA KRAI – Seorang ibu hampir pitam selepas mendapat berita mengenai dua anak lelaki dan menantunya meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah trak pikap milik syarikat utiliti di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu -Kuantan berhampiran Bukit Bauk, Dungun di Terengganu semalam.
Dalam nahas kira-kira pukul 5 petang itu, Mohamad Zulkifli Ishak, 32, dan isterinya, Norshila Zali, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adik kepada Mohamad Zulkifli, Muhammad Alif Syukri, 18, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Dungun.
Adik kepada Allahyarham Mohamad Zulkifli, Ruqaiyah, 28, berkata, ibunya, Seedah Arwea, 51, hampir pitam selepas mendapat tahu berita dua anak dan menantu maut selepas dimaklumkan oleh rakan abangnya yang datan









