PETALING JAYA – Seorang lelaki warga United Kingdom (UK) menjadikan kenderaan jenama tempatan, Proton sebagai koleksi istimewanya sehingga dia kini memiliki 34 buah kereta.
Lelaki dikenali sebagai Jon Coupland itu mengakui jenama Proton memiliki nilai dan keunikan tersendiri meskipun terdapat model kereta yang semakin dilupakan.
Menerusi hantaran di Threads, Jon memperkenalkan dirinya sebagai peminat tegar Proton atau ‘Protonholic’ dan kini masih memburu pelbagai model jenama Malaysia itu.
“Saya Jon dan saya seorang Protonholic. Jika anda baru di sini, saya mengumpul kereta, kebanyakannya Proton. K








