Shah Alam: Mahkamah Tinggi, di sini, menolak rayuan bekas pengurus agensi pelancongan, Hafizul Hawari untuk hukuman penjara tujuh tahun terhadapnya kerana menembak isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dikira bermula dari tarikh dia ditahan pada 2024.
Hakim memutuskan bahawa Hafizul perlu menjalani hukuman penjara tujuh tahun bagi kes tembakan itu selepas selesai menjalani hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan bagi kesalahan berasingan.
Dalam alasan penghakiman bertarikh 19 Oktober lalu, Hakim Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Sepang pada 5 Disember tahun lalu bahawa hukuman bagi kes tembak di KLIA hanya bermula selepas Hafizul selesai menjalani hukuman penjara sedia ada.








