Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak dapat menghadiri Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini kerana kurang sihat.

Anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, berkata negarawan berusia 101 tahun itu sudah menyiapkan teks ucapan khasnya, namun keadaan kesihatan tidak mengizinkannya menghadiri acara berkenaan.

Mokhzani sebaliknya membacakan ucapan bapanya pada forum itu.

"Bapa saya sudah menyiapkan teks ucapan, tetapi beliau kurang sihat," kata Mokhzani dalam forum itu, hari ini.