PETALING JAYA: IF Security Solution Sdn Bhd (IFSS Malaysia) menyasarkan hasil tahunan kira-kira RM104.5 juta menerusi kemudahan pengeluaran dan pemperibadian kad pintar berskala besar yang dibuka di sini.

IFSS Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kemudahan berkenaan mempunyai kapasiti mengeluarkan kira-kira 40 juta kad bank dan kad SIM setahun bagi satu syif, yang boleh ditingkatkan kepada 80 juta unit menerusi dua syif.

Dikenali sebagai Pusat Perkhidmatan Pemperibadian Serantau (RPS Centre), kemudahan dengan 10 barisan pengeluaran itu dibangunkan bersama IF Security Solution Pte Ltd (IFSS), penyedia penyelesaian pembayaran berpangkalan di Singapura, serta rakan kongsi peralatan dan projek dari Hong Kong dan Macau.