SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menyelamatkan hasil negara bernilai RM322.74 juta daripada ketirisan sehingga bulan ini, meningkat empat kali ganda berbanding tahun lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan AKPS melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan biarpun agensi berkenaan masih beroperasi pada tahap kekuatan awal.
Katanya, kejayaan itu turut membuktikan AKPS bukan sekadar instrumen penguatkuasaan undang-undang tetapi berperanan sebagai benteng fiskal negara dalam memastikan hasil kerajaan dilindungi daripada ketirisan.
"Amanah besar AKPS adalah memastikan hasil negara terpelihara daripada sebarang bentuk ketirisan kerana aktiviti penyeludupan barangan berduti, komoditi terlarang, flora, fauna mahupun barangan bersubsidi merugikan rakyat dan negara secara langsung.








