KUALA LUMPUR: Empat negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) atau SG4 disifatkan sebagai 'gergasi tidur' yang kini sedia untuk bangkit dan menggegar landskap ekonomi negara jika semua potensi serta sumber diperkasakan sepenuhnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gabungan kerajaan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis mempunyai kekuatan tersendiri dengan populasi melebihi 5.7 juta penduduk serta keluasan tanah merangkumi lebih 38,000 kilometer persegi.
"Sejak SG4 diilhamkan dan direalisasikan, pemimpin negeri ini semakin sedar potensi mereka miliki serta sejauh mana jangkauan boleh dicapai.
"Sekiranya empat negeri ini dapat menyatukan tenaga, menggabungkan sumber dan saling melengkapi, slogan 'the sky is the limit' (tiada batasnya) bukan lagi sekadar kiasan.








