Kuala Lumpur: Empat negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) State Government 4 atau SG4 disifatkan sebagai 'gergasi tidur' yang kini sedia untuk bangkit dan menggegar landskap ekonomi negara jika semua potensi serta sumber diperkasakan sepenuhnya.
Perkara itu ditegaskan menerusi teks ucapan khas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dibacakan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, pada Sidang Kemuncak SG4 yang berlangsung hari ini.
Dalam ucapan terbabit, Dr Mahathir yang juga Penasihat SG4 memohon maaf kerana tidak dapat menyampaikan sendiri perutusan berkenaan berikutan faktor kesihatan.
"Saya memohon maaf kerana masih belum pulih sepenuhnya dan memohon anak saya, Mokhzani, untuk menyampaikan ucapan ini bagi pihak saya.








