KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan menghadiri Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tidak hadir kerana kurang sihat.Tan Sri Mokhzani Mahathir memaklumkan, negarawan berusia 101 tahun itu sudah menyiapkan teks ucapan, namun keadaan kesihatan tidak mengizinkannya menghadiri acara berkenaan."Beliau telah berusaha menyiapkan ucapan ini dan berhasrat untuk menyampaikannya sendiri, tetapi malangnya keadaan kesihatan beliau sejak kebelakangan ini kurang mengizinkan."Oleh itu, saya berharap anda semua dapat bersabar dengan saya dan teks yang akan saya bacakan berikut ialah keseluruhan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya ketika menyampaikan ucapan mewakili bapanya, pada Isnin.Terdahulu berdasarkan tentatif program berkenaan, Dr Mahathir yang berperanan sebagai penasihat SG4, dijadual menyampaikan ucapan khas.Forum berkenaan menghimpunkan pemimpin kerajaan, pembuat dasar, pelabur, institusi kewangan, pemain industri, usahawan dan peneraju teknologi untuk membincangkan bagaimana empat negeri itu boleh bersama-sama memainkan peranan lebih besar dalam masa depan ekonomi Malaysia.Antara perkara yang akan dibincangkan ialah perubahan persekitaran ekonomi global, keadaan semasa pelaburan dan pasaran modal, dasar kerajaan, teknologi baharu, transformasi industri serta peluang baharu di negeri-negeri SG4.
Tun Mahathir tidak hadir forum SG4, kurang sihat - Mokhzani

Key takeaways
Tun Dr Mahathir tidak hadir forum SG4 2026 kerana kesihatan tidak mengizinkan, dan teks ucapan beliau dibacakan oleh Mokhzani.
- Tun Dr Mahathir berusia 101 tahun tidak hadir forum SG4 2026 kerana kurang sihat.
- Mokhzani membacakan teks ucapan yang disiapkan oleh Tun Dr Mahathir.
- Forum SG4 bertujuan membincangkan peranan empat negeri dalam ekonomi Malaysia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- New Straits Times Dr M misses SG4 forum as he is 'not too well'
- Harian Metro Tun M tidak hadir forum SG4, kurang sihat - Mokhzani
- Sinar Harian Tun Mahathir tidak hadir forum SG4, kurang sihat - Mokhzani (this story)
- Berita Harian SG4 berpotensi gegar ekonomi negara - Dr Mahathir








