BANDAR BAHARU - Warga emas hilang sejak tiga minggu lalu ditemukan meninggal dunia di kawasan kelapa sawit berdekatan rumahnya di Kampung Air Puteh, Serdang di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Superintenden Mohamad Sani Mat Ali berkata, Abdul Aziz Ali, 67, ditemukan bersama skuter yang dinaiki ketika kejadian.Menurutnya, mangsa ditemui sekitar jam 5.50 petang Ahad (25 Oktober) oleh ahli keluarga yang membuat pencarian, dengan jarak kira-kira 1.5 kilometer dari rumah mereka."Anak mangsa yang buat pencarian jumpa di kawasan kebun sawit terbiar dan curam, kita percaya si mati dipercayai hilang kawalan skuternya."Sebelum ini keluarga ada ronda juga di kawasan sama tetapi tidak menemuinya kemungkinan sebab jatuh tersorok... tak nampak," katanya.Difahamkan, laluan berkenaan tidak pernah dilalui warga emas tersebut sebelum ini.Sinar Harian pernah melaporkan kehilangan Abdul Aziz yang berdepan masalah ingatan, dikesan tidak pulang ke rumah sejak 4 Oktober lalu.Ahli keluarga kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan itu.Berdasarkan kenyataan media, Mohamad Sani berkata, pada 25 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang individu lelaki.Menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati identiti mayat disahkan Abdul Aziz berdasarkan penemuan motosikal dan barangan peribadi.Setakat ini, katanya, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.Mayat dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian."Kes masih dalam siasatan. Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga boleh menjejaskan siasatan," katanya.
Warga emas hilang tiga minggu lalu, dijumpai dalam kebun kelapa sawit

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 67 tahun ditemui mati di kawasan kebun kelapa sawit selepas hilang selama tiga minggu.
- Abdul Aziz Ali ditemui di kawasan kebun sawit terbiar oleh ahli keluarga.
- Dia hilang sejak 4 Oktober dan tidak pulang ke rumah.
- Laluan tersebut tidak pernah dilalui oleh mangsa sebelum ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) ULASAN | MediAsas dan warga emas: Mampu milik untuk siapa?
- Sinar Harian Warga emas hilang tiga minggu lalu, dijumpai dalam kebun kelapa sawit (this story)








