KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti penggunaan pendapatan boleh guna bersih (NDI) isi rumah sebagai asas pemberian bantuan susulan tekanan kewangan dihadapi golongan M40 yang membelanjakan hampir 70 peratus pendapatan untuk keperluan asas.Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan menyedari bahawa dasar pemberian bantuan tidak boleh bergantung kepada pendapatan kasar semata-mata kerana ia tidak semestinya menggambarkan kedudukan kewangan sebenar isi rumah.Menurut beliau, pendekatan NDI mengambil kira perbelanjaan asas berdasarkan demografi dan lokaliti, berbanding penilaian yang hanya menggunakan jumlah pendapatan kasar bulanan."Kerajaan menyedari bahawa dasar tidak boleh bergantung kepada angka pendapatan kasar semata-mata. Sebagai jalan ke hadapan, kerajaan sedang meneliti penggunaan NDI dalam pemberian bantuan."NDI adalah lebih adil kerana mengambil kira perbelanjaan asas mengikut demografi dan lokaliti," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai kedudukan kelas pertengahan yang tidak semestinya layak menerima bantuan tetapi berdepan peningkatan komitmen perumahan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan keluarga.Mohd Shahar berkata, bagi melaksanakan projek rintis berhubung penggunaan pendekatan NDI dalam pemberian bantuan itu, Kementerian Ekonomi kini mengadakan perbincangan dengan agensi yang berkaitan.Katanya, projek berkenaan bertujuan memahami kesan pelaksanaan kaedah tersebut terhadap kedudukan fiskal negara sebelum kaedah pengukuran baharu dimuktamadkan.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kumpulan pertengahan atau M40 mencatatkan pendapatan kasar bulanan antara RM5,860 hingga RM12,679 dengan purata RM8,744.Bagaimanapun, tegasnya, sebahagian besar pendapatan tersebut digunakan untuk menampung perbelanjaan asas."Dari segi perbelanjaan, data DOSM menunjukkan hampir 70 peratus pendapatan M40 dibelanjakan untuk kos asas perumahan dan utiliti (22.7 peratus), makanan (34.1 peratus) dan pengangkutan (10.6 peratus)."Setelah ditolak komitmen pendidikan dan perubatan, baki pendapatan pada hujung bulan amat tipis. Inilah fenomena 'middle-class squeeze' yang diambil perhatian oleh kerajaan," ujarnya.Sementara kaedah pengukuran baharu dimuktamadkan, Mohd Shahar berkata, kerajaan menerusi Belanjawan 2027 terus melaksanakan beberapa langkah bagi meringankan beban rakyat termasuk golongan kelas pertengahan.Antaranya, pelepasan cukai individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000, manakala kadar cukai dikurangkan satu mata peratusan bagi pendapatan bercukai antara RM70,001 hingga RM150,000.Beliau berkata, pelepasan penjagaan ibu bapa turut diperluaskan dengan langkah percukaian tersebut memberikan lebihan sehingga RM1,600 kepada lima juta pembayar cukai."Bagi pendidikan pula, Bantuan