KUALA LUMPUR – Sebanyak RM104 juta disalurkan bagi pelaksanaan projek Kampung Angkat MADANI pada tahun ini, melibatkan 221 kampung yang diluluskan sehingga Oktober 2026.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, pelaksanaan inisiatif itu diteruskan menerusi Belanjawan 2026 bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan kesejahteraan komuniti setempat.

Beliau berkata, jumlah kampung yang terlibat meningkat daripada 43 buah pada 2024 kepada 210 buah pada 2025 sebelum mencapai 221 buah kampung yang diluluskan setakat Oktober tahun ini.

“Bagi Sekolah Angkat Madani pula, sebanyak 781 sekolah diluluskan pada 2026, dengan 262 sekolah dilaksanakan ole