IPOH: Seramai 19 kru sebuah kapal korek pasir terselamat selepas jentera itu tenggelam kira-kira 25 batu nautika barat laut Pulau Pasir Hitam, dekat Kuala Kurau, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau menerima panggilan kecemasan pada 5.53 pagi, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada 6.30 pagi.

Beliau berkata, operasi itu melibatkan aset APMM, iaitu KM GAGAH dan Bot PERKASA 1238 dengan bantuan komuniti maritim di sekitar kawasan kejadian.

"Sembilan kru berjaya diselamatkan oleh kapal korek pasir MV YAODE 1 yang berada berhampiran lokasi kejadian, manakala sembilan lagi kru di dalam rakit penyelamat berjaya diselamatkan MV VIVO DIYA," katanya dalam kenyataan, hari ini.