WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi bayangan serangan AS terhadap Iran mungkin disambung semula selepas pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November depan.

Trump berkata, keputusan sama ada mahu mencapai perjanjian dengan Tehran atau melancarkan semula serangan semakin hampir untuk dilakukan, ketika ancaman Iran dan kumpulan Houthi terhadap rakyat AS di Asia Barat terus meningkat.

"Saya perlu buat keputusan, adakah perlu menghapuskannya terus, yang sangat mudah dilakukan atau saya perlu membuat perjanjian? itu sahaja.

"Kami tidak bermain-main," kata Trump dalam satu temubual menerusi rancangan Sunday Morning Futures di Fox News.