KUALA LUMPUR: Kelab Brunei, DPMM FC benar-benar serius mahu membawa Rodrigo Holgado untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menerusi perkongsian di laman sesawang mereka, kelmarin, DPMM memaklumkan bahawa bekas penyerang Harimau Malaya itu semakin hampir untuk menyertai kelab berkenaan.

Malah, DPMM turut berkongsi latar belakang dan statistik penyerang kelahiran Argentina berusia 31 tahun itu.

"Rodrigo Holgado semakin hampir menandatangani kontrak dengan DPMM. Pada musim 2024/2025, Rodrigo beraksi bersama America de Cali dalam saingan Primera A Colombia sebelum berpindah ke Coquimbo dalam Liga Primera Chile.