BENGALURU: Harga emas diniagakan berhampiran paras terendah dalam tempoh tiga bulan hari ini, ketika pelabur menantikan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu ini bagi mendapatkan petunjuk mengenai prospek kadar faedah negara itu.

Harga emas spot susut 0.2 peratus kepada AS$3,987.45 seauns atau kira-kira RM520 segram, selepas mencecah paras terendah sejak pertengahan Julai pada sesi sebelumnya.

Pada Jumaat lalu, emas mencatatkan kejatuhan mingguan sebanyak empat peratus, penurunan mingguan terbesar sejak Jun.

Niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Disember turut merosot 0.2 peratus kepada AS$4,000.80 seauns.