KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin sebelum menurun kemudiannya berikutan sentimen pasaran yang terjejas oleh prestasi Wall Street semalaman yang lemah.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 3.43 mata atau 0.21 peratus kepada 1,608.13 daripada 1,611.56 semasa ditutup pada Jumaat lalu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.44 mata kepada 1,612.00.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 224 berbanding 117, manakala 280 kaunter tidak berubah, 2,280 tidak diniagakan dan 59 yang lain digantung.








