BATU PAHAT - Sesi persekolahan secara bersemuka di Johor kembali beroperasi secara berfasa bermula hari ini, selepas 10 hari ditangguhkan berikutan jerebu.Pengoperasian semula sekolah itu selari dengan peningkatan kualiti udara di negeri ini apabila semakan menerusi portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) mendapati tiada kawasan di Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 8 pagi tadi.Tinjauan Bernama di Sekolah Kebangsaan (SK) Bindu di sini mendapati murid hadir seawal 6 pagi dengan sebahagian besarnya berdisiplin memakai pelitup muka sebagai langkah berwaspada.Murid Tahun Enam SK Bindu, Muhd Qayyum Rayyan Mohd Najib, 12, berkata, dia sangat teruja sebaik mendapat tahu sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ditamatkan."Saya terus kemas buku dan alat tulis semalam. Disebabkan terlalu teruja untuk bertemu rakan-rakan dan guru, saya menyiapkan pakaian sekolah dan tidur lebih awal," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu yang tinggal di Taman Bistari, Tongkang Pechah.Qayyum mengakui pembelajaran di dalam kelas lebih baik berbanding PdPR kerana dapat berinteraksi terus dengan guru, sekali gus memudahkan dia memahami mata pelajar yang diajar.Harapan sama disuarakan bapanya, Mohd Najib Paiman, 50, yang bersyukur kerana sesi persekolahan bersemuka lebih teratur dan memberikan fokus optimum kepada murid."Anak-anak sekolah rendah lebih mudah menumpukan perhatian di dalam kelas berbanding menghadap skrin peranti di rumah."Tambahan pula, PdPR berdepan pelbagai kekangan seperti gangguan capaian Internet, masalah bateri, serta isu berkongsi peranti dengan adik-beradik," katanya.Di Johor Bahru, seorang pekerja swasta, Mohd Farhaan meluahkan rasa lega apabila anaknya dapat kembali ke sekolah bagi menduduki peperiksaan akhir tahun."Minggu lepas anak saya sudah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun di sekolah agama. Harapnya keadaan jerebu tidak memburuk lagi kerana sesi persekolahan hanya berbaki kira-kira sebulan sebelum penggal tahun ini berakhir," katanya kepada Bernama.Senada dengan pandangan itu, seorang suri rumah, Nabillah Salleh, 37, berkata, dia membekalkan pelitup muka di dalam beg sekolah anaknya sebagai langkah berwaspada sekiranya kualiti udara kembali merosot."Kami bimbang kesihatan anak-anak, lebih-lebih lagi pada minggu peperiksaan ini. Walaupun jerebu sudah beransur pulih, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil. Saya membekalkan dua keping pelitup muka di dalam beg anak," katanya ketika ditemui Bernama di sekitar SMK Sri Rahmat, Johor Bahru.Sementara itu di Mersing, tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ungku Husin menyaksikan pelajar hadir penuh bersemangat seawal 7 pagi meskipun dalam suasana hujan rintik.Pergerakan pelajar yang hadir berjalan kaki, menaiki motosikal, mahupun dihantar ibu bapa berjalan lancar dan terkawal.Pembukaan sekolah menengah di daerah berkenaan menyaksikan kehadiran pelajar Tingkatan Lima yan
Jerebu: Sekolah kembali beroperasi selepas 10 hari ditangguhkan

Key takeaways
Sekolah di Johor kembali beroperasi selepas 10 hari ditangguhkan kerana jerebu.
- Kualiti udara di Johor meningkat, membolehkan sekolah beroperasi semula.
- Murid hadir awal dan memakai pelitup muka untuk keselamatan.
- Murid dan ibu bapa menyambut baik pengoperasian semula sekolah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Kulusevski kembali selepas lebih 500 hari
- Harian Metro Kulusevski kembali selepas 500 hari
- Sinar Harian Jerebu: Sekolah kembali beroperasi selepas 10 hari ditangguhkan (this story)







