London: Dejan Kulusevski bakal kembali membuat penampilan bersama skuad Tottenham Hotspur buat kali pertama dalam tempoh lebih 500 hari apabila kelab itu menentang Coventry di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Selasa ini.

Pemain tengah Sweden itu kembali selepas dia terpaksa berehat panjang akibat kecederaan lutut serius dialaminya pada Mei 2025.

Pengendali Tottenham, Roberto De Zerbi mengesahkan Kulusevski akan memulakan perlawanan dari bangku simpanan selepas mendapat lampu hijau daripada pasukan perubatan kelab.

"Kulusevski berada di bangku simpanan. Kami sudah mengadakan perbincangan dengan kakitangan perubatan dan mereka memberi kebenaran. Ini berita yang sangat baik.