KUALA LUMPUR: Maxis Bhd dijangka memperkukuh kedudukannya dalam pasaran jalur lebar tetap (FBB) menerusi cadangan pengambilalihan perniagaan jalur lebar Astro Malaysia Holdings Bhd yang bernilai sehingga RM83 juta, serta berpotensi meningkatkan asas pelanggannya dalam segmen itu sebanyak kira-kira 24 peratus.

Penganalisis RHB Investment Bank, Jeffrey Tan, berkata urus niaga itu berpotensi meningkatkan bahagian pasaran Maxis dalam segmen berkenaan, selain memperkukuh penawaran perkhidmatan telekomunikasi bersepadu syarikat itu.

"Pengambilalihan itu dijangka meningkatkan asas pelanggan jalur lebar tetap Maxis sebanyak kira-kira 24 peratus, berdasarkan jumlah 178,631 pelanggan jalur lebar Astro yang dilaporkan pada akhir Februari lalu.