KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menyediakan cadangan pindaan undang-undang tatacara mal Mahkamah Syariah bagi memperkukuh tindakan penguatkuasaan terhadap individu terutamanya bekas suami yang sengaja ingkar perintah pembayaran nafkah.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, cadangan pindaan itu sedang diusahakan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada.Kata beliau, penelitian turut memberikan tumpuan kepada prosedur penguatkuasaan supaya tindakan terhadap pihak yang gagal mematuhi perintah nafkah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan."JKSM bersama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kini sedang mengambil tindakan untuk menyediakan cadangan pindaan terhadap undang-undang tatacara mal Mahkamah Syariah yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan."Cadangan pindaan ini turut memberikan perhatian kepada isu ketidakpatuhan terhadap perintah pembayaran nafkah yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Syariah, termasuk meneliti ruang penambahbaikan peruntukan dan prosedur penguatkuasaan sedia ada," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin berhubung tindakan tegas terhadap bekas suami yang sengaja melengah-lengahkan perbicaraan atau gagal mematuhi perintah pembayaran nafkah.Menjawab pertanyaan mengenai kebajikan anak-anak yang terjejas sementara menunggu penyelesaian kes, Marhamah memaklumkan, JKSM turut meneliti penambahbaikan mekanisme pendahuluan nafkah dan bantuan kewangan kepada penerima yang layak.Menurutnya, bantuan nafkah yang sedang diteliti itu berbentuk bantuan kewangan yang tidak perlu dibayar semula oleh penerima bagi memastikan golongan memerlukan mendapat pembelaan sewajarnya."Bagaimanapun, bantuan tersebut tidak menggugurkan tanggungjawab pihak yang diwajibkan membayar nafkah."JKSM juga akan terus memperkukuh penguatkuasaan perintah Mahkamah Syariah bagi memastikan hak dan kebajikan penerima nafkah sentiasa dipelihara," ujarnya.
Kerajaan kaji pinda undang-undang tangani bekas suami culas bayar nafkah - Marhamah

Key takeaways
Kerajaan sedang mengkaji pindaan undang-undang untuk memperkukuh tindakan terhadap bekas suami yang tidak bayar nafkah.
- Pindaan undang-undang tatacara mal Mahkamah Syariah sedang diusahakan.
- Penelitian fokus pada prosedur penguatkuasaan dan ketidakpatuhan terhadap perintah nafkah.
- JKSM meneliti bantuan kewangan tanpa perlu dibayar semula kepada penerima.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- RAIHAM MOHD SANUSI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian KPDN kaji gubal undang-undang bendung 'ulat tiket'
- Malaysiakini (BM) Undang NS, Adun prokerajaan, bekas IGP dikaitkan dengan pemaju TuJu
- Sinar Harian Kerajaan kaji pinda undang-undang tangani bekas suami culas bayar nafkah - Marhamah (this story)







