IBU bapa menghantar anak ke universiti dengan satu harapan. Apabila tamat belajar nanti, dapatlah anak itu pekerjaan yang baik, bergaji elok dan tidak lagi perlu meminta wang belanja daripada keluarga.Anak pula mempunyai impian sendiri. Mahu membeli kereta, membantu ibu bapa, membayar pinjaman pendidikan dan mengumpul wang untuk masa depan. Semuanya memerlukan pendapatan yang munasabah.Tetapi apabila ijazah sudah berada dalam tangan, cerita sebenar tidak semudah itu. Ada yang berbulan-bulan menghantar permohonan kerja. Ada yang mendapat tawaran tetapi gajinya tidak seberapa. Akhirnya, apa sahaja pekerjaan yang datang terpaksa diterima.Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran negara turun kepada 2.9 peratus pada Ogos 2026. Namun, bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun, kadarnya masih 10.1 peratus atau 291,300 orang.Pengarah Urusan Jobstreet by SEEK Malaysia, Nicholas Lam pula membangkitkan bahawa 35.2 peratus pekerja berpendidikan tinggi berada dalam kategori guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran pada suku kedua 2026.Angka ini tidak bermakna semua graduan mesti bekerja mengikut nama ijazah. Ada graduan undang-undang menjadi pengurus syarikat muzik dan menggunakan pengetahuannya untuk membantu artis memahami kontrak.Begitu juga wartawan, bukan semuanya berijazah kewartawanan. Yang penting, ilmu dan kebolehan mereka digunakan.Mengapa pelaburan negara penting?Pekerjaan tidak muncul begitu sahaja. Negara memerlukan ekonomi yang kukuh, syarikat yang berkembang dan industri yang sanggup mengambil pekerja serta membayar gaji setimpal.Di sinilah Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) mempunyai peranan. Melaluinya, enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menggerakkan modal ke industri strategik, infrastruktur dan syarikat tempatan.Pelaburan seperti ini penting kerana pembinaan industri memerlukan modal besar dan masa yang panjang. Apabila syarikat berkembang, pembekal, penyedia perkhidmatan dan perniagaan sokongan turut berpeluang mendapat manfaat.Menurut Kementerian Kewangan, GLIC menyalurkan pelaburan domestik RM20.3 bilion pada 2025 berbanding RM6.6 bilion pada 2024. Daripadanya, RM1.4 bilion disalurkan kepada semikonduktor dan RM1.8 bilion kepada infrastruktur digital serta logistik.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan bahawa kejayaan GEAR-uP bukan diukur melalui ringgit semata-mata, tetapi juga peningkatan gaji, graduan mendapat pekerjaan yang baik dan perniagaan tempatan berkembang.Itu ukuran yang wajar. Tetapi pelaburan berbilion ringgit belum bermakna graduan akan mendapat pekerjaan bergaji tinggi. Kita perlu melihat berapa banyak pekerjaan diwujudkan, siapa yang mendapatnya dan bagaimana pendapatan mereka berkembang.Gaji yang baik mesti menjadi ukuranLaporan GEAR-uP menunjukkan 91.7 peratus daripada 206,987 pekerja tetap rakyat Malaysia di enam GLIC dan 37 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerima sekurang-kurangnya RM3,100 sebulan pada Disember 2025.In
GEAR-uP buka peluang kerja masa depan tetapi bersediakah graduan kita?

Key takeaways
Kadar pengangguran belia di Malaysia masih tinggi walaupun kadar keseluruhan turun, dengan 35.2% graduan bekerja di luar bidang mereka.
- Kadar pengangguran belia berumur 15-24 tahun ialah 10.1% pada Ogos 2026.
- 35.2% pekerja berpendidikan tinggi bekerja di luar bidang mereka.
- Pekerjaan yang sesuai memerlukan ekonomi yang kukuh dan syarikat yang berkembang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AZMI TARMIZI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian GEAR-uP buka peluang kerja masa depan tetapi bersediakah graduan kita? (this story)









