KIMI Antonelli semakin hampir bergelar juara dunia Formula 1 termuda selepas memenangi Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) di Austin, awal pagi Isnin untuk kemenangan kesembilannya musim ini.Pemandu Mercedes berusia 20 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 13 saat di depan Charles Leclerc dari Ferrari, manakala Max Verstappen (Red Bull) di tempat ketiga."Kami semakin hampir. Kami akan cuba menamatkan musim ini dengan baik dan berharap dapat mengesahkan kejuaraan tidak lama lagi," kata Antonelli.Kemenangan itu menyaksikan Antonelli melebarkan jurang kepada 123 mata di depan rakan sepasukan, George Russell dan 124 mata mengatasi Lewis Hamilton, dengan maksimum 125 mata masih boleh dikutip musim ini.Antonelli berpeluang mengesahkan kejuaraan di GP Mexico City hujung minggu depan jika menamatkan perlumbaan dalam kelompok sembilan terbaik.Kejayaan di Austin turut menyerlahkan strategi satu hentian Mercedes yang membolehkan Antonelli mengatasi pencabar yang menggunakan strategi dua hentian.Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat keempat, manakala Russell yang bermula di petak keenam terpaksa berpuas hati di kedudukan kelapan selepas dikenakan penalti lima saat."Seluruh pasukan layak mendapatnya selepas bekerja keras membangunkan pakej baharu. Strategi satu hentian juga dilaksanakan dengan sempurna," katanya.
Antonelli semakin hampir julang gelaran dunia F1

Key takeaways
Kimi Antonelli hampir memenangi kejuaraan dunia F1 selepas menang GP Amerika Syarikat untuk kemenangan kesembilannya musim ini.
- Antonelli memenangi GP Amerika Syarikat dan memperluas jarak mata kepada rakan sepasukan.
- Strategi satu hentian Mercedes membantu Antonelli mengatasi pencabar yang menggunakan strategi dua hentian.
- Antonelli berpeluang mengesahkan kejuaraan di GP Mexico City jika masuk sembilan terbaik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Peluang Antonelli julang gelaran dunia
- Harian Metro Richard julang gelaran dunia pertama
- Harian Metro Antonelli hampiri julang gelaran dunia
- Sinar Harian Antonelli semakin hampir julang gelaran dunia F1 (this story)









