Austin, Texas: Kimi Antonelli memenangi Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) bersama Mercedes, sekali gus menghampiri gelaran juara dunia Formula Satu (F1) termuda dalam sejarah menjelang perlumbaan di Mexico hujung minggu depan.
Pelumba Itali berusia 20 tahun itu melakukan segala yang termampu untuk memastikan pencabar kejuaraannya tidak lagi berpeluang mengejar di Texas, namun Lewis Hamilton dari Ferrari dan rakan sepasukan Antonelli di Mercedes, George Russell, berjaya menangguhkan kejuaraan itu apabila masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelapan.
Antonelli kini hanya perlu mengutip dua mata, bersamaan tempat kesembilan, di Mexico City untuk mengesahkan kejuaraan.
Charles Leclerc dari Ferrari menamatkan perlumbaan di tempat kedua, ketinggalan 13.078 saat di Litar Americas, Austin, manakala Max Verstappen dari Red Bull di tempat ketiga.






