PETALING JAYA: Kebergantungan berterusan kepada atlet senior tanpa perancangan pembangunan pelapis yang sistematik boleh mengundang masalah besar kepada sukan berprestasi tinggi negara menjelang Sukan Asia Doha 2030.
Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, sudah tiba masanya Majlis Sukan negara (MSN) mengubah pendekatan dengan memberikan tumpuan lebih besar kepada pembangunan atlet sejak peringkat junior, bukan sekadar mengejar kejayaan menerusi atlet sedia ada.
Beliau berkata, tumpuan berlebihan terhadap atlet senior menyebabkan pembangunan bakat muda sering terpinggir, sedangkan tempoh karier seseoran






